BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 16, 2009

Brain Jelly



Brain Jelly sebuah band berasal dari Sijangkang, Banting. Pada asalnya ianya merupakan sebuah band projek dari 2 band iaitu Chrome in Rainbow - Grunge ( Fyruz/Nuwa/Zaki ) & Mahadewi - Alternative Rock ( Hariri/Zibo/Kamal ). Oleh kerana Zaki (Chrome in Rainbow) & Kamal (Mahadewi) tidak dapat memberi komitmen kepada band masing-masing Brain Jelly ditubuhkan pada awal 2007 dengan line-up : Fyruz - gitar/vokal, Nuwa-bass, Hariri-gitar & Zibo-drums.

Brain Jelly berkonsepkan Pop Punk/Rock/Alternative yang mana lebih menekankan kepada irama yang catchy, segar & rancak serta lirik yang ringkas & mudah difahami. Brain Jelly baru sahaja melancarkan demo - Anytime & Anywhere pada April lalu. Demo ini mengandungi 4 buah lagu baru : Girl On TV, D.O.B, Lost In Town & End. Laman web rasmi Brain Jelly : brainjellyband.blogspot.com, myspace : www.myspace.com/brainjellyband , email : brainjellyband@gmail.com



Nantikan Kemunculan EP Kami

layari web kami: http://brainjellyband.blogspot.com/
http://www.komunitikami.com

5 comments:

sis_nita said...

harap maklum..
akak adalah orang jangkang..
huhuhu!

kampung akak tuhhhh..

Anonymous said...

wah akak mesti bangga dgn dioang kan but semut org n9

sis_nita said...

oooooo..
akak hengat semut pun orang jangkang..
baru nak jumpa2..

Anonymous said...

semut dak n9 ler akak heheh

matakucing said...

band sijangkang eh..ermmm goodluck brainjelly & tq semut