BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 17, 2011

-Kayangan-



  • Kayangan bermula apabila dua dunia menemukan seorang gadis desa bernama Maseira (Nur Fazura Sharifuddin) dan seorang putera raja bernama Tengku Amir (lakonan pelakon Indonesia, Teuku Zacky). Melalui satu kejadian di luar jangkaan, takdir menduga dua insan berlainan darjat dan kedudukan. Maseira, seorang gadis kampung dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan graduan jurusan Sains Kemanusiaan. Sangat idealistik dan sinikal, dia lebih rela bekerja di bengkel ayahnya daripada menjadi mangsa kapitalisme. Sementara itu, Tengku Amir berasal dari golongan kerabat diraja. Berpangkat Ketua Pegawai Eksekutif untuk Regalia Sdn. Bhd., dia bukan saja tampan dan bijak, malah mempunyai kekasih yang rupawan iaitu Erina, seorang peragawati terkenal. Tengku Amir menerajui dunia karporat di Kuala Lumpur. Akibat cuai ketika memandu, Tengku Amir berjumpa dengan Maseira secara tidak sengaja. Maseira didedahkan dengan dunia metropolitan yang serba mencabar apabila menerima tawaran bekerja di syarikat keluarga Tengku Amir. Pertemuan pertama itu bagaimanapun menimbulkan suasana yang tegang kerana perselisihan pendapat dan latar belakang kehidupan yang berbeza. Walaupun bibit-bibit cinta mula menular, tetapi Tengku Amir dan Maseira terpaksa memendam perasaan tetapi kerana apa? Adakah taraf kehidupan menjadi satu halangan? Atau mampukah cinta membawa ke ‘sana’?
  • Cerita yg sgt memberi impak pd aku....."cerita yg xkenal erti darjat" emm seronok ditonton.....
lets tgk walaupon filem lama....tp sgt bermutu...

-Salam Rindu dari bumi Allah buat semua bloger -semut fad-

No comments: