BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 18, 2011

selamat hari papadom!

"biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

p/s : selamat hari bapak! pd
MegatNoorAzmi ,
terimas sbb besar kan aku,
terimas kerna ko sentiasa ada utk aku susah dan senang,
terimas kerna melayan kerenah bodoh ku,
terimas kerna beri aku bahumu bila air mata aku jatuh,
terimas kerna mengejar aku & teman aku bila aku mahu kerja cita2 ku,
terimas kerna mampu sudikan adakan kehendak gila aku...
terimas kerna ko sentiasa tunjuk kan aku jalan yg benar ketika aku sesat....

" ko hero ku,ko superman ku, ko cicakman ku kau lah "PAPADOM DIHATIKU" "


-Anak mu yg nakal Puteri-

Tuesday, June 7, 2011

mitak pendapat


Assalammualaikum
agak bersawang dh blog...

nak mintak pendapat skit....
kalau la korang ada kawan lelaki yg pernah buat silap besar dlm hidup
contoh: pernah tdo ngan gf-gf,minum,amik pil...

dan dia mintak korang terima dia sbg bf,sebagai seesorg yg telah berubah & meminta
korang bawak dia ke pintu taubat.. apa yg korang akan buat??

Wednesday, June 1, 2011

Seseorg.

D

Maybe my love will come back someday,
only heaven knows
And maybe our hearts will find a way,
only heaven knows
And all I can do is hope and pray,
’cause heaven knows